CENTRE FOR ACADEMIC INFORMATION SERVICES

ILL-REQUEST

KELAYAKAN PERMOHONAN

Permohonan terbuka kepada semua warga UNIMAS iaitu pelajar, kakitangan akademik dan bukan akademik.

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

Setiap permohonan adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut iaitu:

  • Bahan yang dipohon tiada dalam koleksi CAIS.
  • Permohonan mestilah menggunakan Borang Permohonan ILL (Interlibrary Loan) yang boleh didapati di laman sesawang CAIS di www.cais.unimas.my atau melalui e-mel.
  • Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan dengan lengkap dan mengikut jenis bahan seperti yang telah disediakan.

BAHAN YANG BOLEH DIPINJAM/DIBEKALKAN

Bahan yang boleh dipinjam atau dibekalkan terdiri daripada bahan – bahan seperti berikut iaitu:

  • Buku yang terdiri daripada Koleksi Am atau Terbuka sahaja.
  • Artikel jurnal / kertas persidangan.
  • Standard / Patent

TEMPOH MASA BAHAN AKAN DITERIMA PEMOHON

Tempoh masa pemohon menerima bahan yang dipohon adalah tertakluk kepada maklumbalas dari perpustakaan/institusi yang dimohon.

TEMPOH PINJAMAN

Setiap permohonan adalah berdasarkan kepada syarat-syarat berikut iaitu:

  • BUKU
    Tempoh pinjaman bagi buku adalah selama dua (2) minggu bermula dari tarikh buku tersebut dibekalkan kepada pemohon. Pembaharuan tarikh (renew) boleh dibuat sekiranya buku tersebut masih digunakan selepas tamat tempoh pinjaman tertakluk dengan kelulusan perpustakaan/institusi berkenaan. Untuk pembaharuan, pengguna perlu memaklumkan lebih awal kepada pihak CAIS.
  • ARTIKEL
    Artikel yang dibekalkan merupakan salinan dan tidak perlu dipulangkan.

PENGAMBILAN BAHAN YANG DIPOHON

Pemohon hendaklah mengambil bahan yang dipohon setelah menerima emel notifikasi daripada pihak CAIS dalam masa 3 hari dari tarikh penerimaan emel.

TANGGUNGJAWAB PEMOHON

Pemohon adalah bertanggungjawab untuk:-

  • Memastikan bahan yang dipinjam (buku) berada dalam keadaan baik. Pemohon adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan yang dipinjam.
  • Memulangkan semula bahan (buku) yang dipinjam mengikut tarikh yang ditetapkan kecuali pemohon memohon pembaharuan tarikh pinjaman.
  • Menyelesaikan denda yang dikenakan kepada pemohon sekiranya bahan yang dipinjam rosak / hilang atau lambat dikembalikan.